RUMUSAN
Rumusan yang boleh saya buat berdasarkan topik yang telah saya kaji iaitu perayaan memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan di Malaysia. Melalui perayaan, rakyat Malaysia berpeluang untuk saling mengenali dan menghormati kepelbagaian budaya dan agama antara satu sama lain. Perayaan-perayaan yang disambut bersama, seperti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, menjadi platform untuk menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara. Aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa perayaan, seperti rumah terbuka dan majlis kenduri, menggalakkan interaksi sosial dan mengukuhkan hubungan antara komuniti.Secara keseluruhannya, perayaan dan perpaduan saling melengkapi dalam mencipta masyarakat Malaysia yang harmoni, stabil, dan progresif. Dengan menghayati kepelbagaian budaya dan berusaha untuk membina hubungan yang kukuh antara pelbagai kumpulan etnik dan agama, Malaysia dapat terus maju sebagai sebuah negara yang bersatu padu dan makmur. Sumber rujukan ; https://www.malaysia...